Thursday, 13 October 2011

Buat Duit Dari Rumah

Penulis : Mohd Rozani Pawan Chek
Penerbit ; PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Harga   : RM25-00

Buku ini adalah satu buku panduan perniagaan step by step untuk sesiapa yang berminat untuk menjalankan perniagaan samada secara pos atau pun melalui internet. Buku ini akan membuka mata para pembaca mengenai perniagaan di alam siber and manafaat yang didapati darinya.

Buku ini dibahagi kepada 3 bahagian iaitu 1. Mail Order Konvensional , 2. Mail Order melalui Internet dan 3. Motivasi Jutawan Mail Order.


Buku ini ayahku beli di kedai Popolar Book Store di Jaya Jusco Cheras Selatan. Kata ayah buku ini amat berguna kepadanya terutama tip yang diberi dalam menjalankan perniagaan secara online di internet.

Selamat membaca !.

Tuesday, 11 October 2011

Peaks and Valleys ..making good and bad times work for you - at work and in life

Author : Spencer Johnson, MD
Publisher : Simon & Schuster UK
Price : 9.99 pound. (Now in sale in Malaysia for RM10.00)

Peaks and Valleys is a story of a young man who lived unhappily in a valley until he meets and old man who lives on a peak, and it changes his work and life forever.

Initially, the young man does not realise he is talking with one of the most peaceful and successful people in the world. However, through series of conversations and experiences that occur up on a peaks and down in the valleys, the young man comes to make some startling discoveries.

Eventually, he comes to understand how he can use the old man's remarkable principles and practical tools in good and bad times and becomes more calm and sucessful himself.

My dad says he loved reading the author best selling book, "Who Moved My Cheese ? ". And I'm sure he will love reading this book. This book is one of the books currently on sale at Big Bad Wolf  Warehouse Sale, Mardi, Serdang.

Sunday, 9 October 2011

Greatest Books Sale On Earth ........!

Venue : Hall A, MAEPS (Malaysia Agro Exposition   Park, Serdang).
GPS : N 02" 58.863' E 101" 41.9131'
Date : 7th Oct - 16th Oct 2011
Time : 10 am - 9pm

Yesterday my family and I went to this book sale at MAEPS , Serdang. There are a lot of books on sale about 1 million of them with 75% - 95% discount. Books from  business, IT, cookery, graphic novel , children books etc.are available.

Dont miss this opportunity to buy books for collection or as gifts. Also dont forget to bring your own shoppping bag as i'm sure you need it! It beat carrying box around and less tiring too!. Ample parking available and shuttle bus provided to take you to the bookfare hall.

See you there !

Friday, 7 October 2011

Misteri Shalat Subuh

Penulis : Dr Raghib As-Sirjani
Penerbit : Mu'assasah IQRA'

Anda susah hendak bangun solat subuh? bacalah buku ini kerana ia merungkai rahsia solat subuh dan keistimewaan yang diberikan  kepada orang yang mengerjakan solat subuh. Buku ini juga memberi tip agar kita mudah mengerjakan solat subuh.

Adalah mustahil apabila ada orang mengatakan "Mustahil bagi saya untuk bangun solat subuh" Sesungguhnya permasaalahannya kembali kepada kemahuan. Anda mahu atau tidak?

Buku ini ayahku beli untuk dibaca olih ahli keluarga kami terutama abang- abangku agar mereka bangun solat subuh tanpa dikejutkan olih ibubapaku.

Wednesday, 5 October 2011

Bawa Hatimu Kepada Tuhan

Penulis : Ustaz Amaluddin Mohd Napiah
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd
Harga : RM21.00 SM RM23.00 SS

Buku ini adalah buku ilmiah yang mempunyai 4 bahagian iaitu Iman, Dosa, Pahala & Syurga dan 60 bab yang membicarakan konsep ketuhanan dan pengabdian yang kudus. Ianya dihuraikan dengan ringkas dan padat tetapi mudah difahami.

"Cinta itu bermula dari HATI . Andai HATI itu iklas, cinta yang terzahir akan terbina dengan penuh kasih sayang dan ketulusan. Untuk membina cinta itu, HATI perlu disemai dan dibaja dengan benih mahmudah yang menjajjikan kebahagian dunia dan akhirat."

Kata bapaku itulah kata-kata mutiara yang terdapat dalam buku ini yang membuat bapaku ingin memiliki buku ini.Buku ini juga banyak memberi keinsafan kepada kita betapa perlunya penghayatan al-Quran dan sunnah nabi SAW untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa didunia ini.

Tuesday, 4 October 2011

Mr Midnight ...

Penulis : James Lee
Penerbit : Angsana Books
Harga : RM10.90

Mr Midnight ialah buku cerita seram kanak - kanak dan pra remaja. Bak kata penulisnya, " Turn off your lights, get ready for frights. When the clock strikes midnight and the moon's full and bright, it's time for dread and fear.For Mr Midnight is here ...."

Buku ini dianggap :
"Very popular books among young readers and preteens."

Siri Mr Midnight ini mengandungi 65 buah buku tetapi dalam koleksi kami hanya 3 sahaja iaitu nombor 1 - 3. Setiap buku mempunyai 2 cerita seram di dalamnya.

Buku cerita ini ibuku belikan sebagai hadiah harijadi abang long ku yang ke 13. Buku ini dibeli di MPH Alamanda Putrajaya selepas kami makan malam di Restoran Pizza Hut. Kata ibu buku cerita ini akan meningkatkan kefahaman bahasa inggeris abang longku. Dan kalau abang long berminat ibu akan belikan siri yang lain pula. Akan tetapi setelah membaca ketiga -tiga buku ini dia tidak berminat dengan cerita seram. Maka sebab itulah kami hanya ada 3 buah buku sahaja.

Aku lihat abang ngah aku pun tidak berminat dengan buku ini. Aku pula ? Maybe....!

Selamat Datang ke Dunia Saya ....ADAM KECIL

Penulis : Ashadi Zain / Fred Suriya
Terbitan : PTS One  Sdn Bhd
Edaran : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
Harga : RM12.50 Semenanjung Malaysia
            RM15.50 Sabah/Sarawak

Ulasan : Setiap buku siri ADAM KECIL ini mengandungi 7 cerita pendek yang berkisar pada zaman kanak-kanak. Setiap cerita mempunyai pengajaran yang dapat dijadikan tauladan. Watak utama dalam cerita ini ialah Adam dan dibantu oleh kawannya saperti  Zaed, Wong, Alif dan Azman.

Buku ini sesuai untuk bacaan seisi keluarga atau diberikan sebagai hadiah harijadi..

Buku cerita ini ibubapaku belikan untuk abang ngahku semasa dia berada di Tahun 4 , Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Menurut abang ngahku , cerita cerita pendek begini banyak membantu dia dalam menulis karangan kerana banyak idea yang boleh dia dapat ketika membaca buku cerita ini.