Penulis : James Lee
Penerbit : Angsana Books
Harga : RM10.90
Mr Midnight ialah buku cerita seram kanak - kanak dan pra remaja. Bak kata penulisnya, " Turn off your lights, get ready for frights. When the clock strikes midnight and the moon's full and bright, it's time for dread and fear.For Mr Midnight is here ...."
Buku ini dianggap :
"Very popular books among young readers and preteens."
Siri Mr Midnight ini mengandungi 65 buah buku tetapi dalam koleksi kami hanya 3 sahaja iaitu nombor 1 - 3. Setiap buku mempunyai 2 cerita seram di dalamnya.
Buku cerita ini ibuku belikan sebagai hadiah harijadi abang long ku yang ke 13. Buku ini dibeli di MPH Alamanda Putrajaya selepas kami makan malam di Restoran Pizza Hut. Kata ibu buku cerita ini akan meningkatkan kefahaman bahasa inggeris abang longku. Dan kalau abang long berminat ibu akan belikan siri yang lain pula. Akan tetapi setelah membaca ketiga -tiga buku ini dia tidak berminat dengan cerita seram. Maka sebab itulah kami hanya ada 3 buah buku sahaja.
Aku lihat abang ngah aku pun tidak berminat dengan buku ini. Aku pula ? Maybe....!

No comments:
Post a Comment