Tuesday, 4 October 2011

Selamat Datang ke Dunia Saya ....ADAM KECIL

Penulis : Ashadi Zain / Fred Suriya
Terbitan : PTS One  Sdn Bhd
Edaran : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
Harga : RM12.50 Semenanjung Malaysia
            RM15.50 Sabah/Sarawak

Ulasan : Setiap buku siri ADAM KECIL ini mengandungi 7 cerita pendek yang berkisar pada zaman kanak-kanak. Setiap cerita mempunyai pengajaran yang dapat dijadikan tauladan. Watak utama dalam cerita ini ialah Adam dan dibantu oleh kawannya saperti  Zaed, Wong, Alif dan Azman.

Buku ini sesuai untuk bacaan seisi keluarga atau diberikan sebagai hadiah harijadi..

Buku cerita ini ibubapaku belikan untuk abang ngahku semasa dia berada di Tahun 4 , Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Menurut abang ngahku , cerita cerita pendek begini banyak membantu dia dalam menulis karangan kerana banyak idea yang boleh dia dapat ketika membaca buku cerita ini.

No comments:

Post a Comment